bukanlah hendak mengeluh, tetapi sebagai manusia biasa yang memang mudah lepa dan leka, terdetik jugalah kekesalan kerana hari hujan yang menyukarkan keadaan untuk aku ke office. Astagfirullah... namun, siapa sangka... hujan yang agak lebat, tiba-tiba reda dan berhenti. tiba-tiba seperti memberi laluan mudah kepada aku. Alhamdulillah... aku bisa ke office tanpa menyusahkan sesiapa...
dalam perjalanan ke office, aku berfikir sendiri. betapa malunya aku dengan Tuhan. aku bukanlah alim-alim ulama. aku bukanlah orang yang pakai tudung, aurat tutup, cas baik, semayang tak tinggal, mengaji hari-hari, tajwid idgham dengung semua betul. tak... aku bukan manusia yang cas diri paling baik n bagus. banyak cacat-celanya diri ini dari segi zahir, agama, ilmu, wallahua'lam... aku hanya mencoretkan apa yang aku rasa. kan bingkisan cetusan rasa nih....
apa yang terlintas dalam fikiran... Tuhan itu Maha Adil. Dia memberikan setiap manusia nikmat yang tak dapat kita tafsirkan. Allah menguji kita dalam pelbagai cara. kadang-kadang, mungkin Tuhan beri kita kesenangan yang melimpah ruah, bahagia dan gembira, tapi di kemudian hari, Tuhan berikan sedikit dugaan untuk menguji keimanan hamba-Nya. Atau... Allah juga mungkin berikan kesusahan dalam pelbagai cara, untuk kurniakan kebahagiaan dan ketenangan di kemudian hari. macam Allah turunkan pelangi yang cantik, bunga-bunga yang kembang mewangi warna warni, air terjun yang mengalir deras, langit yang cerah terbentang luas, lepas hujan dan ribut petir... Subhanallah...indahnya
cuma kita sebagai manusia, kadang-kadang tamak, atau berasa tidak bersyukur. kita mahu apa yang orang lain ada. sekiranya ia digunakan sebagai motivasi memajukan diri, Alhamdulillah... janganlah dijadikan ia sebagai khianat dan hasad dengki yang memburukkan. Tuhan marah. tak baik. hujan pagi tadi, mungkin rahmat buat insan lain. jadi, tak perlulah tamak kerana keinginan diri sendiri.
jadi... bila aku terasa seperti ketinggalan atau kesusahan atau kekurangan, maka aku cuba ingatkan diri aku, mungkin belum masanya aku mendapat kesenangan seperti orang lain. namun, tak bermaknalah aku tak perlu berusaha. orang lain senang, atas usaha mereka sendiri. jadi, cermin balik diri, apa aku buat untuk diri sendiri. kalau setakat tengok orang dan berharap jadi macam dia, kan tak bermakna tu... dan setiap kali berasa iri hati atas kesenangan orang [dari segi harta bendalah], cepat-cepatlah tersedar dan bersyukur, Tuhan kurniaan rezeki yang cukup untuk aku. sekurang-kurangnya, aku tak hidup merempat dan meminta belas ihsan orang. cukup makan pakai, Alhamdulillah. boleh lagi berbelanja nak berjalan-jalan dengan teman-teman. Alhamdulillah. bolehla hulur dekat mama ayah, adik-adik, anak buah, walaupun tak banyak.... setiap kali kita rasa tak bersyukur, berpalinglah dan lihat insan-insan yang lebih daif. kemudian, bersyukur atas setiap nikmat dan kurniaan Ilahi....
dan seringkali...kalau aku tersilap, terjatuh atau tersungkur, aku suka menuding jari, menyalahkan orang lain, melepaskan diri dengan cara mudah. macamlah diri sendiri bagus sangat. mungkin usia yang dah tak berapa nak muda ni, dan ada orang sekeliling yang membuka minda, memberi sumbangan pengalaman hidup untuk dikongsi dan dijadikan pengajaran dan tauladan, membuatkan aku berfikir, untuk cuba mencari salah dan kekurangan diri dahulu sebelum dengan mudah menyalahkan insan lain. namun sekali lagi, aku hanyalah insan biasa yang kadang-kadang tak lepas dari rasa marah yang menguasai diri. di kala itulah syaitan mudah masuk jarum dan menyuntik jiwa.... jadi, aku juga tak terlepas dari sangkaan buruk terhadap manusia lain... [am not perfect bebeh...]
siapa kata hidup ni tak adil? kesenangan, kebahagiaan, penderitaan... semuanya terletak pada keputusan dan tangan sendiri.....
wallahua'lam... aku hanya insan hina yang serba kekurangan...
renung-renungkan...dan selamat bera'mal...
coretan ini pun, hanya untuk ingatan kepada diri sendiri. tak payah la nak cakap aku cas bagus. kalau nak cakap jugak, boleh... boleh berambus. hahahahaha... walaupun megan fox cun gile babas, body melentik tak hengat, dapat berlakon ngn bumblebee ngn optimus prime, tapi aku tetaplah harus bersyukur dengan diri sendiri. Alhamdulillah... [megan fox...ko ingat ko best sangat?]
dah habis dah entri macam bagus aku... boleh sambung kerja.






